Sebab Kurang Mengajar, Anak Kurang Ajar..

✄░ Assalamualaikum pelayar alam maya?? ღ Nemo Sudah Nak buka Mulut?? ✫

Hah.. nampaknya Aku kalah la dengan senior aku tu... ok .. tak pe la.. untunglah dia dianggap orang yang hebat.. bak kata kawan aku la... okey2... bendera putih still aku tak angkat lagi ... jangan harap nak angkat ... "segmen" belum tamat lagi..
Ape pun bukan tu yang aku nak ceritakan dalam entri ni..


Baru2 ni aku join kem Transfomasi Generasi Baru Felda.. program yang melibatkan peserta seluruh wilayah Raja Alias ni berlangsung selama 4 hari 3 malam.. seramai 163 orang lepasan SPM yang join kem ni.. sure.. aku rindu diaorang semua.. 
saat aku tak boleh lupekan tu banyak sangat.. 

saat2 epy2 tu terlalu banyak..
saat2 yang buatkan aku mengalirkan air mata pun banyak sangat..

Korang tahu tak.. 
Kat sana kami dapat Feci yang kami kena anggap ibu dan ayah kami..
korang apa perasaan korang if korang nya mak ayah kena hukum atas kesalahan korang sebagai anak2.. dan korang sebagai anak2 tak boleh nak halang ketua yang bagi arahan hukuman.. hanya dapat pandang and sambil2 tu korang mintak maaf kat mak ayah korang sebab salah korang bertemankan pulak tangisan seorang anak ..


Semasa dalam dewan kuliah.. kami diperdengarkan dengan lagu ni.. 


sayu rasa nak berpisah... 

Hari terakhir.. sedih sangat nak berpisah... ='(

salah seorang adik beradik aku dalam group 10.. Amran..(jeles.. dia dapat bergambar dengan Mami)
Apepon aku nak share dengan korang sikit pengisian...



Sabda nabi saw, "Berguraulah dengan anak kamu

kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok

dengan mereka, bergurau hingga naik atas

belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar
atau usik anak asalkan hubungan rapat.



Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar,

kalau salah pukullah dia(sebagai pengajaran)." Di

mana yang nak dipukul tu? tapak
kakinya.....bukan muka, punggung, telinga dan
ditempat-tempat yang sensitif.... itu salah....



"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang

pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak

salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda
penghargaan.



Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan

kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa

mula merenggangkan hubungan dan ini
menyebabkan anak derhaka".



Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang

jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk

penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan
tergamak menderhaka.



"Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada

rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum

sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-
macam.Sianak rasa tertekan dan menyampah
dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh
tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting
dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun
seronok.



"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat

dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba

cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah
tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan
rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi
jiwanya sentiasa hidup,".



Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran,

pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka,

jangan suka mengherdik mereka dengan
perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah
dan sebagainya yang merupakan doa kepada
mereka"..inilah yang menyebabkan mereka
derhaka kepada kita...





DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL



Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun

tahu mereka bersalah.Jangan rasa tercabar kerana

pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau
menyusur di bawah akar.



Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak

berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu

juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak
kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab
anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak
kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil
endah tidak endah.



Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah

orang tua kurang bercakap dengan anak-anak.

Kalau menegur pun dengan ekor mata dan
herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai.
Kepada kawan tempat mereka mengadu bila
jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa
yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.





BERTAUBAT SEBELUM MELARAT



Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf

dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua

telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita
derhaka dan melawan mereka?



Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita

dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa

semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang
masih hidup dan buat baik dengan mereka.
Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah.



Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf

berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan

dosa.



Allah maha pengampun dan luas rahmatnya.

Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat

kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau
bala turun. 

Comments

Popular Posts