Bubble Tea LoveR ! ! BubBLe Tea LoVeR ! !: Jir!m... ZaRah..

Thursday, March 24, 2011

Jir!m... ZaRah..

Views
assalamualaikum n salam 1Malaysia kepada semua...
haha.. hari ni.. kite kongsi ilmu la.. jom...
kalau cakap pasal zarah2 ni.. macam name pulakan.. ?? haha... but korang bace la ye...

 Perubahan Jirim
Perubahan Keadaan Jirim
 1. Jirim boleh berubah dari satu keadaan , pepejal , cecair dan gas kepada keadaan yang lain.
2. Jirim juga boleh mengalami perubahan tenaga haba , samada haba diserap atau dibebaskan .
3. Perubahan tenaga haba berlaku pada suhu yang malar.tenaga haba yang terlibat semasa perubahn keadaan jirim tidak dapat dikesan oleh termometer (haba pendam).Perubahan keadaan jirim adalah satu proses perubahn tenaga haba tanpa mengalami sebarang perubahan suhu.
4. Apabila pepejal dipanaskan, tenaga kinetik molekul bertambah dan bergetar lebih kuat.Pada takat lebur , kekisi hablur memecah dan perubahn pepejal kepada cecair.Semasa peleburan (pelakuran) suhu pepejal tidak bertambah kerana tenaga yang diterima digunakan untuk mengatasi daya tarikan anatara molekul.Suhu bertambah sebaik sahaja peleburan lengkap.Tenaga haba yang diserap untuk meleburkan pepejal ialah haba pendam pelakuran.
5. Apabila cecair dipanaskan , cecair berubah kepada gas pada takat didih. Semasa pengewapan , suhu cecair tidak mengalami penambahan kerana haba yag diterima digunakan untuk mengatasi daya tarikan antara molekul cecair.Tenaga haba yang diserap untuk mengewapkan cecair ialah haba pendam pengewapan.
6. Semasa kondensasi berlaku , gas akan membebaskan haba pendam pengewapan untuk membentuk cecair.
7. Semasa pembekuan, cecair akan membebaskan haba pendam pelakuran untuk membentuk pepejal.
8. Pemejalwapan adalah satu proses perubahan jirim daripada pepejal kepada gas atau gas kepada pepejal secara langsung tanpa melalui keadaan cecair.

Pepejal/Cecair/Gas
Ø      Jirim terdiri daripada zarah – zarah kecil (atom, ion @ molekul) yang sentiasa bergerak secara rawak.
Ø      Jirim mempunyai isipadu dan jisim.
Ø      Jirim boleh wujud dalam 3 keadaan:
  1)      Pepejal
Cara susunan molekul: rapat teratur dan mengikut susunan pola.
Daya antara molekul   : mempunyai daya lekitan dan daya tolakan yang kuat. 
Pergerakan molekul    : molekul hanya bergetar pada             kedudukan yang tetap.
Bentuk dan isipadu     : isipadu dan bentuk yang tetap.
    
    
    
 2)      Cecair
Cara susunan molekul: kurang rapat daripada pepejal.
Daya antara molekul   :daya lekitan lemah tetapi daya tolakan yang kuat.
Pergerakan molekul    :molekul bebas bergerak dan boleh menggelongsor.
Bentuk dan isipadu     :isipadu tetap tetapi bentuk tidak tetap.
                  
     
      

                                
 3)     Gas
Cara susunan molekul: tidak teratur dan jauh antara satu sama lain.
Daya antara molekul   :daya lekitan dan daya tolakan adalah lemah.
Pergerakan molekul    :bebas dan secara rawak.
Bentuk dan isipadu     : tidak mempunyai isipadu dan bentuk yang tetap.
 
                                         


                                       


                                       
 Peresapan
Peresapan, pengembangan dan pemampatan
 1. Peresapan merupakan satu proses pencampuran bahan yang berlainan akibat gerakan rawak molkul jirim dari kawasan yang berkepekatan tinggi ke kawasan yang berkepekatan rendah.
 a) Peresapan pepejal sangat perlahan – molekul pepejal bergetar pada satu kedudukan tetap, sangat rapat dan daya lekitannya sangat kuat.
 b) Peresapan cecair lebih cepat berbanding pepejal – jarak antara molekul lebih besar dan daya lekitannya sederhana kuat.
c) Peresapan gas adalah paling cepat – jarak antara molekul sangat jauh , bergerak bebas dan daya lekitan antara molekulnya sangat lemah.
2. Pengembangan berlaku apabila jirim dipanaskan dan ia mengalami penambahn isipadu
           a) apabila molekul jirim dipanaskan, tenaga kinetik       getaran molekul-molekul bertambah.Amplitud getaran turut bertambah.Ini menyebabkan jarak purata antara molekul-molekul bertambah dan isipadu bertambah.
3. Pengembangan pepejal dan cecair yang kecil menunjukkan bahawa susunan molekul pepejal dan cecair adalah rapat dan daya tarikan antara molekul pepejal dan cecair adalah lebih kuat secara relatif.

Teori Kinetik
Teori Kinetik Jirim
1. Teori kinetik jirim digunakan untuk menerangkan pergerakan molekul-molekul pepejal, cecair dan gas.
2. Kandungan tenaga dalam jirim adaalh bergantung pada tenaga kinetik zarah jirim.
3. Andaian teori kinetik jirim :
Ø      Jirim terdiri daripada zarah-zarah halus (atom , ion dan molekul).
Ø      Zarah-zarah jirim sentiasa bergerak secara rawak.
Ø      Daya antara molekul adalah daya tarikan dan daya tolakan
Ø      Pelanggaran antara zarah-zarah cecair dan zarah-zarah gas adalah perlanggaran kenyal
Ø      Suhu jirim bergantung pada laju purata zarah jirim, iaitu tenaga kinetik zarah jirim.
Ø      Tenaga kinetik jirim yang lebih tinggi akan menghasilkan suhu yang lebih tinggi dan sebaliknya.
4. Bukti-bukti:
a)      struktur hablur
b)      peresapan gas
c)      pergerakan Brown




0 comments: