Kisah Nabi Muhammad SAW dan Kucingnya..


✄░ Assalamualaikum pelayar alam maya?? ღ Nemo Sudah Nak buka Mulut?? ✫
 Cerita Nabi Muhammad S.A.W Dan Kucingnya...
Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad S.A.W memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, dikala Nabi hendak mengambil jubahnya, ditemuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan kucing itu sebanyak 3 kali. Setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, Nabi selalu mengendong Mueeza dan diletakkan dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang Nabi sukai ialah ia selalu mengeong ketika mendengar azan dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan. Kepada para sahabatnya, Nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan seperti menyayangi keluarga sendiri. Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan ini sangatlah serius. Dalam sebuah hadis sahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi S.A.W pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka. Isteri Nabi sendiri, Aisyah Binti Abu Bakar pun amat menyukai kucing dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing. Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman Bin Sakhr Al Azdi diberi julukan Abu Hurairah (bapa para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan di rumahnya. 

Kucing Yang Memberi Inspirasi Bagi Para Sufi...

Seorang sufi ternama bernama Ibnu Bashad yang hidup pada abad ke-10 bercerita, suatu saat dia dan sahabat-sahabatnya sedang duduk santai melepas lelah di atas atap masjid Kota Cairo sambil menikmati makan malam. Ketika seekor kucing melewatinya, Ibnu Bashad memberi sepotong daging kepada kucing itu, namun tak lama kemudian kucing itu datang semula, setelah memberinya potongan yang kedua, diam-diam Ibnu Bashad mengikuti kucing itu hingga akhirnya dia sampai di sebuah atap rumah dan didapatinya si kucing tadi sedang memberikan sepotong daging yang diberikannya tadi kepada kucing lain yang buta kedua matanya. Peristiwa ini sangat menyentuh hatinya hingga ia menjadi seorang sufi sampai ajal menjemputnya pada tahun 1067.
Ada juga cerita tentang seorang sufi di Iraq yang bernama Shibli, dia bermimpi dosa-dosanya diampuni setelah menyelamatkan nyawa seekor anak kucing dari bahaya. Selain itu, kaum sufi juga percaya, bahawa dengkuran nafas kucing memiliki irama yang sama dengan zikir kalimah Allah.



Share link, hero kucing di Malaysia - http://kakimotong.blogspot.com/ 


nak tahu tak ana epy sangat bila tahu bakal dapat kucing lagi.. tapi xsangka ..sekarang dah tak boleh.. sebab kucing tu dah xada...

Comments

pakukarat said…
saya pn suka kucing... tp keadaan kerja sy menyebabkan sy tak boleh bela kucing...

Popular Posts