Bubble Tea LoveR ! ! BubBLe Tea LoVeR ! !: Kek Keju

Tuesday, January 10, 2012

Kek Keju

Views
✄░ Assalamualaikum pelayar alam maya?? ღ Nemo Sudah Nak buka Mulut?? ✫


Haii... nak tahu Anim tengah ada mo0d untuk cari resepi DESSERT... aigoo... geram2 Anim tengok gambar2 dessert2 yang Anim cari tu.. then, tadi Anim tertarik nak tengok resepi..



Kek Keju menggunakan Periuk Nasi

kek Keju, originally uploaded by hairieusoff.
Bahan-bahan:
250g Krim Keju (Cream Cheese) – (Philadelphia 1Box)
80g Gula – (dianggarkan sama dengan 9 sudu besar penuh
200ml Krim segar (Fresh Cream) – (1 Pack)
3 biji telur
2 sudu besar tepung (Plain flour)
1 sudu besar jus lemon
Cara:
1. Pukul Krim Keju dalam mangkuk dan masukkan gula dan gaul.
2. Masukkan Krim segar, Telur satu persatu. Putar.
3. Masukkan tepung dan jus lemon. Gaul sehingga tidak berbintil.
4. Masukkan adunan di dalam periuk nasi. Jika mangkuk periuk merupakan periuk non-stick, sapukan sedikit mentega. tekan butang “Cook”.
5. Bila sudah masak, tekan butang “Keep Warm” untuk tempoh 5-10 minit. Ulang langkah ini 3-4 kali.
6. Gunakan kayu atau chopstik untuk memeriksa sama ada kek sudah masak. Adunan telah masak sepenuhnya jika kayu tidak melekat dengan adunan.
7. Letakkan pinggan di atas kek dan perlahan-lahan keluarkan dari periuk nasi dengan terbalikkan periuk tersebut. Biarkan seketika untuk sejuk sebelum dihidang.
8. Hidang dengan sos blueberry yang boleh dibeli di supermarket.


2 comments:

Diha Hasan said...

wahhh sedapnya3

guna rice cooker? tp proses keep warm 3 4 kali tu mcm sukar je nk buat
heeee

nur said...

huhu.. yup.. leceh sikit.. tapi hasil may be better then, yang bakar..