Cara-Cara Nak Poteng =)

✄░ Assalamualaikum pelayar alam maya?? ღ Nemo Sudah Nak buka Mulut?? ✫

Hah.. Senyum sikit... ^^, Hari ni rasa mahu jadi jahat .. aku ajarkan cara ponteng nak??.....
(Perhh... Gila ke aku ni nak ajar orang ponteng... Aku pon tak ada pengalaman lagi.. Punyalah baik aku ni.. )
Amaran kepada yang rasa tak boleh masuk dengan entri post aku kali ni. Tolong jangan baca okey :
Aku boleh je ajar tapi ponteng style budak baik.. (macam aku .. murid yang dengar kata tapi ada keinginan untuk "ponteng") tapi...

Korang sebagai anak telah pecah amanah.. / tidak amanah terhadap kedua-dua ibu bapa korang yang telah memberikan korang sejumlah wang sebagai duit belanja di sekolah. Korang telah menyalah gunakan wang tersebut ( korang tidak tekun menuntut ilmu ) tak akan la korang nak di label anak derhaka sebab ponteng sekolah or kelas..??
fikir2..

Zaman berubah ..
Aku tahu tu.. Tapi aku rasa aku berada dalam zaman pertengahan la.. Nak tahu sebab apa..

  • Aku ni masih menghormati orang yang lebih tua. Tapi aku jarang sangat nak bertegur sapa dengan orang yang lebih tua ni. Sebab aku tak pandai nak ambik hati diaorang. 
Tapi aku perhatikan orang yang lahir zaman abang aku ..

  • Kalau dia orang bercakap semuanya bunyi baik-baik. + lembut (berbudi bahasa + hormat orang yang lebih tua. ) pandai layan dan ambil hati orang tua.
Lain pulak kisah zaman budak-budak remaja time adik aku punya batch..
  • Diaorang kalau bercakap tu, wajib mencarut... perhh.. aku pulak rasa nak tampar muka-muka budak sekarang. Dah la panggil orang yang lebih tua dengan nama aje... (mungkin tak semua yang macam tu. Tapi yakin sangat banyak yang lebih teruk daripada tu kan..)

(Bagus sangat ke aku ni nak cakap macam ni..?? memang aku tak cukup bagus tapi alhamdulillah aku masih dapat lihat dan pertimbangkan sesuatu situasi tu.)Aku tak faham. Kenapa akhlak anak muda sekarang semakin buruk . Mana perginya agama dan nilai moral yang diajarkan kepada kita..??

Fikir-fikirkanlah ye..
By the way aku tetap ajarkan cara ponteng yang paling baik..


  1. Kalau korang jenis baik + ala-ala skema Tolong Jangan ponteng cara ...
  2. Kalau korang jenis "muka" je baik Better Jangan...
  • Lompat pagar
  • Merayau ke blok-blok bangunan lain
  • Lepak dan beli makanan di kantin sekolah
  • Menyorok dekat mana-mana pelusuk .
Ni kerana korang tak sesuai sangat buat macam tu.. Dan orang pun tak akan percaya korang buat macam tu.

   Oleh hal yang demikian , korang jadilah macam aku..
  • Bila ada sebarang aktiviti luar , aku akan join . sebab dengan aktiviti tu je lah aku dapat ponteng daripada masuk ke kelas. tapi kedatangan aku still lagi diambil kira. Dan jangan lupa banyak faedah join aktiviti luar kelas ni.. 
  • Bila kerja rumah yang cikgu korang bekalkan tu tak siap .. benda korang perlu buat pura-pura sakit.. dalam masa yang sama korang dah tentu-tentu akan dibawa ke bilik rawatan  (tapi better jangan buat macam tu sebab tak baik menipu.. aku pun belum pernah buat macam tu lagi.. )
  • Bila sakit example demam . Ala.. baru sikit tak kan nak ponteng kot. Jangan sesekali jejaskan rekot kedatangan korang tu , korang buat macam ini. Korang letak je kepala atas meje dan dengar apa yang cikgu ajarkan kat depan tu.(tujuaan aku buat macam tu sebab aku selalu tak akan dipaksa untuk terus fokus dan buat latihan di depan.(ish.. tak kan cikgu nak paksa korang yang sakit kan..) tapi dengan cara ni ilmu tetap sampai pada korang. Tak banyak sikit pun jadilah.) 
  • Tapi kalau korang nak ilmu tu banyak sikit.. dengan pening-pening +sakit tu korang try fokus okey.. insyaAllah ilmu tu berkat.
  • Akhir sekali.. kalaulah korang bosan sangat sampai rasa nak ponteng . Elok korang ke tandas ke.. Tapi kena pergi seorang diri.. takut2 disyaki ponteng. (Dan tak baik kita ajak orang buat kejahatan. cukuplah kita je..) . Balik dari tandas tu kalau ditanya kenapa lambat korang cakaplah apa2 yang patut. ( Tapi ni pun tak patut sebenarnya. sebab.. buat apa lepak dengan jin kat dalam tandas tu. then, jangan sesekali menipu.)

Kesimpulannya , tu bukanlah cara ponteng terbaik. Tapi tu cara untuk jadi pelajar yang terbaik. Jangan sesekali kita musnahkan harapan mak dan ayah kita yang sedang sibuk mencari nafkah..


Korang tengok gambar ni...

Jangan ketawakan mereka .!


 Mungkin ibu bapa kita melakukan hal seperti ni untuk memastikan kita tetap ke sekolah... Harapan mereka .. supaya kita menjadi insan yang berjaya kelak. Meraka tak minta duit kita . Tapi cukuplah dapat melihat kita bahagia.

Jika ibu bapa kita sibuk sehingga mengabaikan kita.. Tolonglah optimistik sikit. anggaplah mereka sedang menyalurkan perhatian mereka terhadap kita melalui kerja keras mereka. 


Mungkin korang pernah dengar cerita ni kan.. :

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, “Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah Dibayar” pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Kenapa kita sanggup meletak kan syarat terhadap ibu bapa kita??
.. kenapa perlu membentak-bentak jika tidak dapat memiliki apa yang kita inginkan...  


akhir kata maaf atas kekilafan semasa mencatat post entri ni :)
senyum sikit.. ( Ambil masa untuk bermuhasabah diri ye..)

Comments

AY said…
mcm ada pengalaman jer kan!! hu3
Cik Dessert said…
pengalaman ponteng lom ada lagi.. niat nak ponteng tu selalu jugak la..
AY said…
ha3.. dah agak dah
Cik Dessert said…
org ckap niat je.. tpi xkesampaian pon ...
Sakura Aihana said…
@nur nemo aq ingat lg cara ponteng ko yg join aktiviti luar kls..kita selalu buatkan.. so x heranlah ko tulis itu yg pertama an
Cik Dessert said…
hahaha... ko yang jadi harapan cikgu pon buat cmtu kn.. hahaha..
Iskandar Barca said…
Klau ponteng mcm aq xpe, rumah dkt je ngan CC.. Mmg port2 dak2 ah klau duit byk.. Tpi ponteng2 aq tetap belajar. Belajar belajar.. Ponteng tetap ponteng.. Alhamdullilah PT3 dpt 7A1B (bulan 8-10 stop ponteng)

Popular Posts