Belajarlah sejarah semula!!
assalamualaikum..
hari ni nemo nak jadi sedikit dewasa untuk berkata2 mengenai negara kita..
hai.. kalian yang terbaca blog nemo ni..
pasti ada mendengar dan terbaca berita tentang khabar angin tentang PERHIMPUNAN BERSIH yang bakal diadakan 9 Julai ni.. ish.. Apalah sibuk nak buat perhimpunan bersih ni... rumah mereka ni dah cukup bersih ke??? hmmm... nilai sendiri lah ye..
geramnya kenapalah sibuk nak jatuhkan kerajaan yang sedia ada ??? hmm.. fikirlah sikit tentang apa yang kalian semua bakal buat jika menyertai perhimpunan tersebut.. haha.. nemo lebih rasa geli hati n nak gelak puas2, bila fikir kalau adalah kaki tangan kerajaan yang menyertai perhimpunan tersebut memang dasarlah mereka ni orang yang tak sedar diri n seorang yang gagal dalam mata pelajaran sejarah..nak tahu kenapa nemo kata macam tu??
hmmm...
dah betullahkan kerja makan gaji dengan kerajaan tapi die pun sama nak jatuhkan majikan die... adoii.. samalah macam mereka ni tutup periuk nasi sendiri..lagi satu.. kalau kerajaan baru memerintah macamlah boleh bagi mereka makan cukup.. sebab sudah pasti mengambil masa yang lama untuk bina semula kerajaan baru yang diperintah oleh orang yang suka buat kacau,buktinya mereka ni asyik sibuk nak buat perhimpunan sana sini.. habiskan duit dengan benda yang sia2..
masya-Allah.. apa dah jadi dengan fikiran orang yang sibuk nak anjurkan perhimpunan tu..?? dah tak ada kerja ke?? kalau dah tak ada kerja sangat nemo lebih suka nak sarankan mereka untuk belajar sejarah .. haha.. senang je.. ambil buku teks SEJARAH tingkatan 1 hingga 5 dan baca saja sampai habis.. kalau boleh bagi khatam sebab dah tentu2 dalam buku teks sukatan pelajaran Malaysia ni ada NILAI MURNI dan PENGAJARAN yang boleh mereka semua ambil... ye lah buang masa ikut perhimpunan yang mereka sendiri tak tahu maksudnya dan hanya nak ikut2 orang saja buat apakan???
haha.. nemo sebagai seorang pelajar yang sangat minat dalam mata pelajaran sejarah .. sangat takut kalau2 sejarah yang lalu berulang semula.. hmm.. nampaknya kalau perkara ni berlaku sudah pasti nemo dan rakyat Malaysia yang lain tak dapat belajar dan hidup dalam keadaan aman seperti sekarang...
hmm.. duk sibuk2 cakap pasal politik ni teringat pulak pasal masalah sosial .. ish .. ni pun satu perkara yang makin membimbangkan .. kepada REMAJA terutamanya.. tolonglah ,jika kita jahil dalam agama nemo rasa kita masih berpeluang untuk berubah dengan syarat yang kita NAK BERUBAH dan menerima kritikan dan nasihat sebagai panduan dan janganlah kita lakukan sesuatu tanpa fikir baik dan buruknya ok..!! huhu.. ambilah masa beberapa saat untuk kita buat keputusan yang terbaik..
Comments