Bubble Tea LoveR ! ! BubBLe Tea LoVeR ! !: ???Lihat Diri Sendiri????

Sunday, June 26, 2011

???Lihat Diri Sendiri????

Views
Assalamualaikum ..
hai para pelayar alam maya...
hari ni aku terpanggil untuk catat perkara yang dah lama bermain dalam fikiran aku ..
aku tak rasa aku seorang je yang tengah alami ni semua.. aku pasti ramai dekat luar tu alami perkara yang sama dengan aku.. nak tahu apa yang aku resahkan sangat ni??
pasal masa depan .. aku dengan rakan2 kelas aku sekarang ni tengah dalam dilema nak pilih kejaya.. arhh... pada mulanya aku dan rakan2 ada cita2 masing2 tapi hakikatnya kami tak ada matlamat yang jelas untuk dicapai masa depan.. pada awalnya kami hanya fikir untuk study je.. pilihan keUniversiti or bidang yang bakal dipilih pula bergantung pada result SPM kami yang bakal kami peroleh. Kalau baik result semuanya berjalan lancar, jika tak.. doa je lah semua yang terjadi ada hikmahnya. Pada minggu yang lalu kami berniat untuk berjumpa guru kaunseling tapi masa sangat tak mengizinkan . Setiap subjek harus diberi tumpuan pada tahun ni. risau rasanya . Boleh ke jawab dalam exam yang sebenar? betul ke aku boleh? macam mana kalau aku banyak cuai dan salah faham terhadap soalan yang dikemukakan? ishh.. banyak betul persoalan . Ni semua mesti sebab aku tak bersedia untuk duduki peperiksaan . Tambahan lagi aku masih belum bersedia.. aduh..menanggis sekarang mungkin masih ada guna tapi kalau aku menanggis lepas jawab exam n lepas dapat result pun dah tak ada guna lagi.. kalau menanggis gembira alhamdulillah.. kalau sebaliknya??? owh..tidak..



 pepon sekarang ni aku tengah buat persiapan untuk kuiz sejarah peringkat negeri.. apalah soalan yang bakal ditanya?? kalau kalah teruk macam mana?? kalau apa yang aku studykan tak dittanya mesti tak dapat jawabkan?? hope soalan tu kami berempat dapat jawab dengan baik...


aku mohon sangat tahun ni semuanya berjalan lancar untuk aku dan rakan2 ... cikgu dan mak ayah pun dah banyak berkorban untuk kami.. so tak boleh sia2kan.. BETULKAN!!!

0 comments: