Kisah Cinta Sejati

 ღ ✫ ϡ: (\_(\
 ♥ ❤ ✪ (=’ :’)✩
 ☀ : ✱ ☾,(”)(”)¤°.¸¸.•´¯`»★

Kisah kekasih


Nak share tentang KEKASIH aku?? Aku type huruf besar tu sebab aku terlampau sangat sayang kat DIA !! penyayang sifatnya. Betul ni. Tak tipu punya!! Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa aku susah minta tolong sajalah pada DIA. Sure akan datang bantuan. Bila aku susah hati, boleh terus ngadu kat DIA….direct!! yang bestnya tu, bila aku dah mengadu kat DIA, terasa peace jer…..for surelah…..KEKASIH kan??

Ish beruntung betul dapat KEKASIH macam ni….tak pernah nak sakitkan hati aku. Bila-bila masa aje aku boleh contact DIA. Yang seronok  tu, sebab memang betul-betul rasa DIA tu dekat kat hati ni!!! Ye la cinta punya pasal kan??DIA tak kisah pun kalau aku tak ingat kat DIA. Tapi rugilah aku. Sebab, kalau aku ingat…contact je DIA. Sure macam-macam la yang aku dapat. Tak kiralah material ke….spiritual ke….emmm…memang kekasih sejatilah tu!!Bila aku rindu kata DIA, baca surat-surat yang DIA bagi tu…macam² nasihat dalam tu. Siap bagi example lagi nak suruh aku faham.




Sebelum ni, aku pernah gak frust. Memang sedih giler la masa tu…ye la, cinta bagai nak rak tiba² clash gitu jer. Tapi KEKASIH aku yang ni lain. DIA tak kisah pun dengan cerita aku frust tu. Siap bagi semangat lagi….DIA takde jeles pun….Cuma aku je yang jeles ngan DIA. Memang ramai yang jatuh cinta dengan DIA. So, aku kenalah usaha betul²…kata orang putih…”what you give, you get back”. So, kalau aku usaha lebih sikit, aku dapat lebih la kan?? KEKASIH aku nie baik sangat². Perfect! Tu yang kadang² aku tengah² malam ….area pukul 3-4 pagi tu pun…kalau aku terjaga, aku sure akan contact DIA. 

Rindulah!! Sebenarnya , KEKASIH aku ni kaya…millionaire….billionaire…dan ntah apa² naire lagi….tu yang pemurah sangat tu. Semua keperluan hidup aku, DIA yang support….caya  tak?? Free of charge…tapi aku tak sedap hatilah….mesti kena hargai apa  yang DIA bagi tu kan? Mak aku kata, kalau orang dah bagi, suka ke tak suka, ambik je la…pastu pandai² membalas budi..tu yang buat aku sanggup berkorban apa sahaja…chewahh!!
DIA suruh aku belajar sungguh². Kalau boleh belajar semua ilmu. Sebab KEKASIH aku nie memang bijak + cerdik +genius etc…DIA kata tanpa ilmu, setiap amal yang aku buat semua sia-sia. DIA pun tambah sayang kalau aku rajin belajar.




Malunya...
blushing2

Malu la sebenarnya nak cakap nie….emmm sebenarnya aku belum pernah jumpa DIA. Lagi pun belum bersedia la. Tapi KEKASIH aku ni dah janji…satu hari nanti mesti jumpa. Sekarang nie menghitung hari lah aku ni. Tapi kecut perut gak!! Takut!! Aku mesti prepare awal². Daripada surat-surat DIA yang ada tu…aku tahu apa yang DIA suka, apa yang DIA tak suka. So that, DIA tambah² sayang la kat aku, kan?? Takpela, berkorban sekarang, sebab DIA dah janji. Sape² yang DIA sayang, DIA bagi hadiah special yang aku tak pernah terfikir pun!!! Ish, rindu sangat dah ni!!!
KEKASIHKU.aku berjanji, aku akan pertahankan cinta suci ni…walau nyawa digalang gantikan, menggadaikan cinta teragung ini…tidak sama sekali…walaupun tak pernah berjumpa, aku tetap bahagia bersamanya. Itulah kekasihku ALLAH swt…cinta teragungku!!!







Comments

cokiedacomot said…
Allah sentiasa ada untuk kita kan :)
Cik Dessert said…
@azlizaasrisure dia sentiasa dengn kita..

Popular Posts