Pemangkin Kemerdekaan Tanah Melayu

Dato’ Onn Jaafar Tokoh Anak Gemilang Malaysia

Tokoh Anak Gemilang Malaysia yang dinobatkan malam ini ialah Allahyarham Dato’ Onn Jaafar, (1895- 18 Januari 1962) mantan Menteri Besar Johor, pengasas dan Yang DiPertua pertama UMNO, peneraju utama gerakan untuk menentang dan menggagalkan Malayan Union dan tokoh pelupur dan pemangkin perpaduan dan kerjasama antara kaum diMalaya (Malaysia). Upacara ini disiarkan langsung oleh RTM 1, Astro Ria dan Astro Prima, sempena Sambutan Kemerdekaan ke 50.
dato-onn-jaafar.jpg
Usaha Dato’ Onn seawal Januari 1946 mengumpulkan orang orang Melayu untuk menentang cadangan Malayan Union (kertas putih 6274 yang diluluskan oleh House of Lords dan disiarkan Utusan Melayu, 24 Januari 1946) mencetus gerakan politik dikalangan orang orang yang kemudian berjaya mencapai kemerdekaan tiga belas tahun kemudian. UMNO berjaya ditubuhkan dengan rasmi pada 11 Mei 1946 diIstana Besar, Johor Bahru dan bermulalah gerakan politik orang orang Melayu yang didukung sebilangan besar keturunan Melayu sehingga hari ini.
Dato’ Onn membawa konsep ‘berkerja sama’ dalam perjuangan politik dengan bukan Melayu seawal 1951 namun tidak diterima ahli ahli UMNO pada masa itu. Maka beliau secara sukarela meninggalkan UMNO pada 28 Ogos 1951 dan menubuhkan Independent Malayan Party (IMP) pada 16 September 1951 sebagai wadah perjuangan politik tanpa kaum dan keturunan. IMP menempa kegagalan, terutama dalam Pilihanraya Bandaran Kuala Lumpur 1952 dan beliau kemudian menubuhkan Parti Negara (PN) pada Februari 1954. PN gagal memenagi sebarang kerusi dalam Piliharaya Umum pertama 1955. Namun begitu, pada Pilihanraya Umum 1959, PM berjaya meraih satu kerusi Parlimen dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri. Dato’ Onn menjadi ‘Ketua Pembangkang’ dalam Dewan Rakyat dengan kemenangan ulung PN ini.
Idea ‘berkerja sama’ yang dipelupuri Dato’ Onn ini akhirnya dilaksanakan oleh penganti beliau Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra, apabila UMNO berkerja sama dan kemudian ‘berkongsi kuasa’ dengan MCA dan MIC, dibawah panji Parti Perikatan. Kejayaan ‘berkongsi kuasa’ ini menghasilkan mandat besar bagi Parti Perikatan pada Pilihanraya Umum 1955 dan Tunku mengunakan ini sebagai ‘senjata utama’ dalam rundingan Kemerdekaan dan ianya menunjukan hasil pada 31 Ogos 1957.
dato-onn-jaafar-ii.jpg
Beliau merupakan anak Melayu Johor dari kerurunan bangsawan (aristokrat). Keluarga beliau merupakan antara keluarga yang paling berpengaruh diJohor, semenjak lewat abad ke 19 dan sehingga hari ini. Ayahanda beliau, Allahyarham Dato’ Jaafar Hj Mohamed (1838 – 1919) merupakan Menteri Besar Johor pertama dan pengasas sistem pentadbiran Kerajaan Johor, seperti mana yang ujud sehingga hari ini. Dato’ Onn juga pernah dijadikan anak angkat oleh Almarhum Sultan Sir Ibrahim Maharaja Abu Bakar.
dato-onn-family-tree.jpg
Anakanda beliau, Allahyarham Tun Hussein Onn (1922 – 1990) mengikut jejak langkah untuk aktif dalam politik dan akhirnya menjadi Presiden UMNO ke IV dan Perdana Menteri Malaysia ke III (Januari 1976 – Julai 1981) setelah Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein kembali ke Rahmatullah semasa dalam tugas. Cucunda beliau, Dato’ Hishamuddin Tun Hussein juga kini aktif dalam politik perdana dan kini menjawat Ketua Pemuda UMNO (ayahandanya, Kept. Hussein Onn pernah menjawat sebagai Ketua Pemuda UMNO pertama) dan Menteri Pelajaran. Sebelum ini beliau Menteri Belia dan Sukan.
Antara ahli ahli keluarga Dato’ Onn lain yang mencapai kecermelangan dalam kerjaya dan bidang masing masing ialah anakanda beliau, Lt. Jen. (B) Dato’ Jaafar Onn, mantan Timbalan Panglima Tentera Darat, Prof. DiRaja Ungku Aziz Hamid, mantan Naib Canselor Univerisiti Malaya, Allahyarham Prof. Syed Hussein Al Attas, pengasas Parti Gerakan dan mantan Naib Canselor Universiti Malaya, Prof. Dr. Syed Naguib Al Attas, pakar ternama falsafah dan pemikiran Islam dan Tan Sri Datuk Dr. Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara (juga Gabenor Bank Negara wanita pertama diseluruh Commonwealth).
Tokoh tokoh lain yang disenarai-pendekan ke peringkat akhir adalah Allahyarham Pendita Za’aba, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Allahyarham Tun Hussein Onn, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Mendiang Tun Sir Tan Cheng Lock, Allahyarham Mokhtar Dahari, Allahyarham Raja Tun Mohar Raja Badiozaman, Mendiang Dr. P. P. Narayanan dan Allahyarham Sudirman Hj Arshad.
Pemilihan anugerah Tokoh Anak Gemilang Malaysia ini, yang disampaikan oleh mantan Ketua Setiausaha Negara dan Pengerusi PNB, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid, memang amat bertepatan, terutama sempena Sambutan Kemerdekaan ke 50 kerana dedikasi, kommitmen, visi, pengorbanan, jasa dan sifat budiman Allahyarham Dato’ Onn Jaafar memang negitu signifikan kepada Negara Malaysia.
*Grafik diperolehi dari akhbar The Star

Comments

Popular Posts