Bubble Tea LoveR ! ! BubBLe Tea LoVeR ! !: Deria Ke-6

Friday, October 21, 2011

Deria Ke-6

Views
✄░ Assalamualaikum pelayar alam maya?? ღ Nemo Sudah Nak buka Mulut?? ✫


hmm.. sementara menunggu... Anim ada baca blog rojak.. then,, ada yang menarik isi blog tu bawah tajuk 10 Petanda dia jodoh kita..    



alt
Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
  1. Bersahaja
  2. Senang bersama
  3. Terima kita seadanya
  4. Sentiasa jujur
  5. Percaya mempercayai
  6. Senang berkerjasama
  7. Memahami diri kita
  8. Tampilkan kelemahan
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
-Artikel iluvislam.com

tu la dia.. 
bagi Anim sendiri.. Anim sendiri pernah alami perkara:
Anim nak sangat makan makanan kegemaran Anim tu.. then, balik dari sekolah.. mak masakkan lauk tu.. Anim apa lagi, senyum meleret la..peristiwa lain yang Anim alami sendiri... hmm.. xnk bagi tahu la.. segan.. huhu.. tpi memang kalau u all sungguh2 nak kan sesuatu tu.. pasti korang akan dapat... insyaAllah...


0 comments: