Ice Cream

✄░ Assalamualaikum pelayar alam maya?? ღ Nemo Sudah Nak buka Mulut?? ✫
Huhuhu.. tadi lepas balik sekolah.. tiba2 terasa nak makan ais krim.. sedapnya... hmm..tapi.. sapa nak belanja??? ada sesiapa yang sudi belanja??? huhu.. ^^, 



          (tengah mengharap sangat ada orang datang jumpe saya.. and ajak makan ais krim.. )


(Kawaii)
 tengok xsabar rasanya lepas ni.. nak makan ais krim..  

BTW.. paper teras dah tamat.. tengah berusaha untuk paper elektif pulak.. wish me luck ok... huhu..


Ni sedikit info tentang AIS KRIM.... 

 Aiskrim adalah sejenis makanan beku dibuat dari hasil tenusu seperti krim (atau sejenisnya), digabungkan dengan perasa dan pemanis. Campuran ini didinginkan dengan mengacau sambil dikurangkan suhunya untuk mencegah pembentukan kristal ais besar. Secara tradisi, suhu dikurangkan dengan meletakkan campuran aiskrim ke sebuah bekas yang dimasukkan ke dalam campuran ketulan ais dan garam. Garam membuat air dapat berada di bawah titik beku air tulen.
Walaupun istilah aiskrim sering digunakan untuk menunjuk kepada pencuci mulut beku dan makanan ringan, tapi sebenarnya khas digunakan untuk menunjuk kepeda pencuci mulut beku dan makanan ringan yang terdiri dari lemak susu. Banyak negara, termasuk Amerika Syarikat, mengehadkan penggunaan istilah tersebut berdasarkan kuantiti kandungan asas makanan tersebut.
Aiskrim moden komersil dibuat daripada campuran bahan di bawah ini:
  • 12-16% pemanis: biasanya gabungan sukrosa dan/atau pemanis sirap jagung berdasarkan-glukosa
  • 55%-64% air yang berasal dari susu padat atau bahan lainnya.

Comments

Popular Posts