LovE caN bE hurT...

✄░ Assalamualaikum pelayar alam maya?? ღ Nemo Sudah Nak buka Mulut?? ✫
hari ni nak share sikit.. hope u all faham apa yang anim nak sampaikan ye... 
 Allah SWT telah memuliakan manusia dengan menciptakan mereka sebagai ciptaan yang terbaik,dengan sebaik-baik bentuk dan paras rupa yang berbeza dengan makhluk-makhluk ciptaan Nya yang lain.

Firman Allah SWT :
Dan sesungguhnya kami telah memuliakan anak-anak Adam dan kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan kami telah berikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik serta kami lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya di atas banyak makhluk-makhluk yang telah kami ciptakan. ( Surah al-Isra:70 )
Oleh demikian dengan kurniaan Allah SWTini,yang telah menciptakan manusia dengan seelok-elok ciptaan ciptaan maka wajarlah bagi manusia memberikan balasan dengan tiga bentuk :
01. Bersyukur kepada Allah SWT dengan memujinya di atas nikmat yang diberikan Nya.
02. Tidak menyalah gunakan kecantikkan untuk berbuat maksiat kepada Alllah SWT sebagaimana yang dilakukan oleh golongan fasik di tempat-tempat hiburan dan sebagainya.
03. Wajib ke atas seseorang menjaga bentuk rupa parasnya sebagaimana yang dijadikan oleh Allah SWT dengan menjauhkan diri dari segala bentuk perkara yang boleh mengubah atau memburukkan serta memudaratkan kejadiannya.
Kecantikan tidak dikhususkan kepada jenis atau golongan tertentu,bahkan ianya sama sahaja untuk semua lelaki dan perempuan.Namin bagi golongan lelaki ianya adalah perkara yang penyempurnaan atau pelengkap untuk menjaga kemuliaan dengan ketingga nilai dalam masyarakat manusia.Manakala golongan wanita pula,perkara-perkara yang menyokong keperluan asasi dengan menyediakan prasarna yang mencukupi untuk kelangsungan hidup manusia di atas muka bumi ini.
Pembahagian kecantikan
Kecantikan boleh dibahagikan kepada dua bahagian :
01. Kecantikan batinPerkara yang berkaitan dengan akhlak,ilmu dan akal serta sifat-sifat yang terpuji seperti berilmu,berhikmah,adil,menjauhkan diri dari sifat-sifat keji.
02. Kecantikan luaranApa yang dapat dilihat sehingga terpikat dan jatuh hati.Ianyanya merupkan kecantikan ciptaan Allah SWT kepada manusia.Kecantikan dari sudut ini meliputi suara dan paras rupa seseorang.
Kecantikan ini juga dibagikan kepada dua bahagian yang sama dam merupakan asal semulajadi ataupun yang diubahsuai :
Kecantikan asal iaitu kencantikan ciptaan Allah SWT pada rupa manusia.
Kecantikan yang diubah suai iaitu tindakan yang dilakaukan oleh seseorang untuk memperelokkan lagi dengan cara berhias,bercelak,penyuburan dan lain-lain.
Peraturan Am Tentang kecantikan
Seseorang individu yang menjaga akan hak kurnian Alllah SWT ini wajib mengikut syarat-syarat dan pertaturan tertentu yang telah digariskan oleh syariat sehingga tidak melampaui batasan dan mendapat keredhaan Allah SWT di dunia dan akhirat.Peraturan-peaturan tersebut ialah :
Tidak mempercantikan diri dan menghiasnya sehingga mengubah kejadian Allah SWT kerana Allah SWT telah mencipta manusia dengan seelok-elok rupa bentuk,sederhana,sama dan cantik.
Firman Allah SWT :Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya ( surah al-Tin )

Comments

Popular Posts