Bubble Tea LoveR ! ! BubBLe Tea LoVeR ! !: Cara Mudah Mencari Muka Surat Dalam Al-Qur’an

Friday, February 17, 2012

Cara Mudah Mencari Muka Surat Dalam Al-Qur’an

Views
✄░ Assalamualaikum pelayar alam maya?? ღ Nemo Sudah Nak buka Mulut?? ✫



Al-Qur’an adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya. Ada 2 benda yang Nabi Muhammad S.A.W tinggalkan kepada kita iaitu Al-Qur’an dan juga Sunnah untuk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Qur’an kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Qur’an adalah kalam Allah (datang daripada Allah sendiri dan bukan diciptakan manusia)
Tip yang nak dikongsikan ini adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Qur’an. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Qur’an.
Jom sama2 kita belajar…
Contoh 1Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8Letakkan no 2 selepas jawapan.Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82Sekarang lihat pada Al-Qur’an dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82.
Contoh 2Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18Letakkan no 2 selepas jawapan.Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Menarikkan?
Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44Letakkan no 2 selepas jawapan.Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442
Subhanallah, memang menakjubkan. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala…


2 comments:

faiz fakhirin said...

satu perkongsian yg bagus..tankiyu

nur said...

:) yup welcome.. slmat m'cuba..