Keselamatan dan Keselesaan di Lebuh Raya .

✄░ Assalamualaikum pelayar alam maya?? ღ Nemo Sudah Nak buka Mulut?? ✫
    Haha.. Hari ni sangat membosankan.. yeah.. rasa nak buat kerja giler je.. tapi aku tabahkan hati .. dan terus bersabar... file dalam comp. ni aku teliti satu per satu dan akhirnya aku terjumpa dengan satu benda yang menarik.. bagi aku... Nak tahu ke apa benda tu??? karangan bahasa Melayu yang aku karang selama tak sampai sehari sedangka cikgu bagi tempoh yang panjang jugak untuk kami.. teringat lagi cikgu cakap karangan terbaik akan dihantar ke pertandingan .. tak ingat pulak pertandingan apa.. tapi kalau korang berminat .. baca la.. :)




Keselamatan dan Keselesaan di Lebuh Raya .

Bagai ular kena palu begitulah gambarkan keadaan    jalan-jalan di Malaysia kerana sifat fizikal muka bumi yang berbukit-bukau menyebabkan seringnya berlaku kemalangan . Kerajaan telah menghabiskan jutaan ringgit bagi membinan lebuh raya. Lebuh raya dibina semasa era pemerintahan mantan Perdana Menteri kita yang ke empat Tun Dr. Mahathir bin Muhamad .Menurut  Kamus Dewan Edisi ke empat lebuh raya bermaksud jalan utama yang lebar, biasanya menghubungkan sebuah bandar dengan bandar lain.

                Menurut kenyataan Ketua Polis Trafik Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof  jumlah kemalangan yang berlaku  pada tahun 2010 sebanyak 16,817 dalam OPS Sikap 22 . Kerajaan sejak dari awal lagi telah menetapkan had laju panduaan di lebuh raya 110 km/j . Hal ini, dapat mengelakkan pengguna memandu melebihi had laju sekaligus dapat menghalang  berlakunya sebarang kecelakaan yang lebih buruk. Ikutkan hati mati, ikutkan rasa binasa jika pengguna terus memandu tanpa mematuhi etika dan peraturan semasa di jalan raya pasti padah bakal menimpa..

                Selain itu , kerajaan telah menyediakan penghadang jalan dan pembahagi lorong laluan mengikut jenis-jenis kenderaan seperti lorong kiri untuk kenderaan berat manakala lorong kanan serta tengah bagi kenderaan ringan dan lorong memotong seperti di kebanyakan lebuh raya .Lebih menarik lagi,di Malaysia terdapat pembinaan Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (SMART)  yang mana merupakan terowong lencongan air  berfungsi  mengawal  banjir  kilat di Kuala Lumpur.


                Tambahan lagi, terdapat perkhimatan peronda lebuh raya yang meronda pada setiap jam bagi memastikan tiada sebarang perkara buruk berlaku sepanjang lebuh raya. Kemudahan seperti papan tanda yang diletakan disetiap susur keluar lebuh raya juga dipelihara agar pengguna tidak mengalami sebarang masalah  menuju ke destinasi tanpa sebarang kesukaran seperti tersesat jalan ketika menggunakan lebuh raya. Lebuh raya merupakan kawasan lingkup yang menjadi pilihan pengguna kerana laluannya yang lebih lurus dan lebar serta hanya satu hala dapat menggelakkan kemalangan berlaku . Selanjutnya, apabila  malam lampu jalan akan dipasang bagi membantu penglihatan para pengguna agar lebih baik pada waktu tersebut.

                Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) lebuh raya KESAS juga  LEKAS merupakan contoh lebuh raya di Malaysia . Lebuh raya berfungsi memendekan jarak perjalanan, menjimatkan kos dan menjimatkan tenaga. Kerajaan telah membuat perangkaan awal dan perancangan  yang yang teliti sebelum pembinaan lebuh raya agar lebuh raya yang bakal dibina memberi kemudahan kepada  para pengguna. Kemudahan seperti perhentian R & R serta perhentian yang menyediakan kemudahan tempat makan dan solat memudahkan golongan musafir untuk berehat sebelum menyambung perjalanan. Tambahan pula kenderaan juga perlu diperiksa dengan rapi agar tiada sebarang masalah yang berlaku bagi melancarkan perjalanan seterusnya.
                Konklusinya, kerajaan telah mengambil langkah bijak membina lebuh raya dengan menitik beratkan ciri-ciri keselamatan dan keselesaan di lebuh raya. Oleh hal yang demikian,sebagai pengguna lebuh raya kita seharunya menghargai dan menggunakan lebuh raya sebaik mungkin seperti mematuhi peraturan-peraturan dan etika yang telah ditetapkan dengan memandu dengan cermat dan berhemah  Ingatlah orang tersayang.

Comments

Popular Posts