Paderi Kristian Boikot Starbuck Kita Bila Lagi?

✄░ Assalamualaikum pelayar alam maya?? ღ Nemo Sudah Nak buka Mulut?? ✫
   Korang mesti tahukan logo ni.. tak kan tak kenal kot...

CALIFORNIA 5 Feb. – Seorang paderi Kristian menggesa pengguna supaya memboikot Starbucks ekoran syarikat itu menyokong satu rang undang-undang mengesahkan perkahwinan sejenis di Washington, lapor King 5 News.

Steven Andrew yang juga Presiden Institusi Paderi Kristian Amerika Syarikat (AS) di California berkata, penganut Kristian kecewa dengan tindakan Starbucks yang menentang ajaran Tuhan.

“Starbucks boleh mengikut ajaran Syaitan jika mereka mahu, tetapi paderi-paderi akan membantu menyelamatkan penganut Kristian.

“Adakah anda di pihak Tuhan dan adakah anda sudi membantu AS dirahmati Tuhan?” soal Andrew dalam satu kenyataan.

Menurut Reuters, gesaan memboikot itu dikeluarkan Selasa lalu, sehari sebelum rang undang-undang tersebut dibentang di Dewan Senat Washington.

Institusi Paderi Kristian AS turut meminta penganut Kristian untuk menghentikan penyajian makanan dan minuman jenama itu di majlis-majlis dan kemudahan gereja.

Selain Starbucks, lebih 100 syarikat lain turut menyokong rang undang-undang perkahwinan sejenis itu termasuk Nike, Google dan Microsoft.

Jika rang undang-undang itu diluluskan di Dewan Perwakilan minggu depan, Washington akan menjadi negeri ketujuh di AS yang mengiktiraf perkahwinan sejenis

kredit : utusan.com.my


P/s:  Hari tu kat tv Sami sendiri buat bantahan (ingat tak kes Anuwar Ibrahim sokong HOMO tu..  and hari ni aku terbaca Paderi sendiri sarankan boikot sapa yang sokong perkahwinan sejenis ni.. pe lagi kita yang islam.. jangan songsang beb...

Comments

airel chan said…
lepas ni taknak pakai google.. pakai yahoo. hehe
Anonymous said…
aik..bia betol...
Cik Dessert said…
dunia sekarng.. :)
apa pon tak boleh..
AY said…
lepas ni x yah on9 lagi.
pergi mengaji jer
Cik Dessert said…
hmm.. on9 tu wajib.. :P
budak penjara said…
alamak..kasut futsal ak jenama nike la..hehe
Cik Dessert said…
yg sedia ade tu takpe la kot.. tak kn nk bazir kot.. :)

Popular Posts