Our Times (2015)

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَ Assalamualaikum pelayar alam maya??

Our times (2015)
At first, aku menonton cerita ni aku tak expect dia menarik sangat pun sebab cerita ni keluar tahun 2015 and aku just limitedkan untuk tengok cerita tahun 2017- tahun ni.
Tak silap aku cerita ni banyak dipotong, tapi still menarik lagi. Watak utama yang dilakonkan oleh Vivian memang best sejak aku layan cerita Cafe, Waiting. Love dulu. Selalunya aku just layan cerita korea but bila dah habis movie korea aku layan dekat Dramacool and fastdrama aku tukar cari cerita Taiwan pula. 




Sinopsis Our Times.

Film ini berkisah tentang watak utama yang bernama Lin Truly/ Lin Zhen-xin  seorang pelajar perempuan  biasa yang dalam diam meminati Ouyang seorang seniornya dan pelajar terpintar di sekolah. Cerita ni mula menjadi menarik apabila satu watak lain muncul iaitu Tsu Tai Yu, pelajar tahun pertama yang bermasalah di sekolah telah dilihat melakukan ugutan terhadap Ouyang di bangunan belakang sekolah. Lin Truly yang pada awal cerita telah menerima surat berantai yang menyatakan bahawa jika tidak disampaikan kepada 5 orang maka nasib malang akan menimpanya, membuat keputusan menghantar surat tersebut kepada guru pelajarannya, Tao Min Min (seorang pelajar cantik yang rapat dengan Ouyang) dan satu lagi kepada Tai Yu demi melindungi Ouyang.  


Satu kemalangan menimpa Tai Yu akibat surat berantai yang dikirimkan oleh  Lin Truly . Pekara tersebut telah diketahui oleh Tai Yu kerana sticker Andy Lau yang digunakan pada sampul surat yang dihantarnya. Lin Truly terpaksa menjadi orang suruhan Tai Yu untuk melindungi Ouyang daripada diganggu Tai Yu.  Suatu hari Lin Truly dipanggil gurunya yang menerima surat berantainya ke bilik guru. Di situ Tai Yu yang juga berbincang dengan seorang guru perempuan terdengar perbualan tentang surat yang dihantar Lin Truly. Tai Yu telah mengaku bermenghantar surat tersebut dan menyelamatkan Lin Truly. Perbualan kedua-dua orang guru dan Tai Yu tersebut didengari Lin Trly semasa mahu meninggalkan bilik guru.  

Tai Yu pelajar bermasalah tu sebenarnya merupakan bijak yang pernah memenangi pertandingan olimpiat dan tidak dibuang sekolah kerana prestasinya dahulu. Tai Yu dan Lin Truly berpakat untuk membantu satu sama lain dalam usaha memisahkan Tao Min Min dan Ouyang. Seterusny mendapatkan orang yang mereka sukai memandangkan Tai Yu menyukai Tao Min Min .



Cast dalam cerita:
Vivian Sung as young Lin Zhen-xin (林真心)
o Joe Chen as grown-up Lin Zhen-xin (林真心)
Darren Wang as young Hsu Tai-yu (徐太宇)
o Jerry Yan as grown-up Hsu Tai-yu (徐太宇)
Dino Lee as Ouyang Fei-fan (歐陽非凡)
Dewi Chien as Tao Min-min (陶敏敏)
Ian Chen as Ying Mu / Sakuragi (櫻木) one of Tai-yu's gang buddies.
Tsai Yi-chen as Ho Mei (何美), Cheng-hsin's good friend.
Chung Hsin-ling as Lin's mother.
Andy Lau as himself

Comments

Popular Posts